01 ) Definisi Pendidikan Khas Dalam Konteks Malaysia

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS DALAM KONTEKS MALAYSIA

Pendidikan Khas merupakan satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan kearah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Dari segi praktiknya, Pendidikan Khas merupakan pendidikan secara individu dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.

Pendidikan Khas beerti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui Perkembangan Mental, Kestabilan Emosi dan Integrasi Sosial.

Pendekatan Baru Definisi Kanak-kanak Dengan Keperluan-keperluan Pendidikan Khas juga menekankan kepada kebolehan kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( Development skill ). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan ( Medical Defict Model ).

Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran social, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, pengusaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan juga kebolehan pendengaran.

Menurut Hallahan dan Kauffman ( 2006 ), Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Gargiulo ( 2003 ) pula berpendapat Pendidikan Khas merupakan program pengajaram khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran yang khusus.

Friend ( 2005 ) pula menyatakan Pendidikan Khas adalah satu pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, dirumah, dihospital, atau diinstitut lain.

Menurut Mansor ( 2005 ) pula, Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masayarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

One comment on “01 ) Definisi Pendidikan Khas Dalam Konteks Malaysia

  1. sungguh banyak ilmu bermanfaat yag dapat dikongsikan dalam blog ni…. boleh dijadikan panduan kepada bakal2 guru yang bakal mengajar pendidikan khas….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s