08 ) Definisi Masalah Pembelajaran

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional Klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti Kebolehan Kognitif, Tingkahlaku Sosial atau Perkembangan Sosial, Penguasaan Bahasa ( Lisan atau Pertuturan ), Keupayaan Membaca, Kemahiran Perkembangan ( Development Skills ), dan Kemahiran Matematik.

Antara kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ialah:

  1. Lembam, iaitu akibat daripada kecacatan otak,
  2. Autistik ( Autism ),
  3. Sindrom Down,
  4. Terencat Akal Ringan,
  5. Terencat Akal Sederhana,
  6. Hyperaktif,
  7. Hypoaktif,
  8. Selebral Palsy,
  9. Emosi atau Tingkah Laku,
  10. Pertuturan,
  11. Epilapsi,
  12. Kepelbagaian Kecacatan.

Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif ( kerencatan akal ) yang dianggap boleh diajar ( Educable ) dan boleh mendapat pendidikan formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ). Mereka ditempatkan di dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa.

Menurut Individual With Disabilities Education Act ( IDEA, 1997 ), Masalah Pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Menurut The Joint Committee On Learning Disabilities ( NJCLD,  1990) pula, Masalah Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah Matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian system saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi social mungkin wujud bersama-sama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah emosi, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s