AUTISM : 09) Peranan Pihak Sekolah Dan Ibu Bapa Dari Segi Pengesanan Awal Kanak-Kanak Autism

PERANAN PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA DARI SEGI PENGESANAN AWAL KANAK-KANAK AUTISM.

Dalam soal pengendalian murid-murid khas, dua prinsip utama perlu diikuti iaitu mengenal pasti kecacatan seawal mungkin dan menjalankan intervensi awal berdasarkan masalah yang dihadapi. Hal ini penting kerana kadar tumbesaran da perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada peringkat usia dibawah 5 tahun, iaitu yang disebut sebagai “tempoh kritikal pertumbuhan dan perkembangan”.

Aminah Bee ( 2000 ), telah menggariskan peranan pihak sekolah dan ibu bapa daripada segi pengesanan awal kanak-kanak autism iaitu, guru kelas biasa atau ibu bapa perlulah peka apabila anak-anak atau murid-murid kurang memberikan tumpuan atau perhatian  serta kurang cekap dalam pembelajaran.

Selain itu, guru kelas  juga perlu sedar bahawa terdapat murid yang bermasalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid yang normal dan jangan terus meletakkan label “ malas ” atau “ bodoh ” kepada murid tersebut sekiranya murid-murid tersebut sukar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan atau pun tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan. Guru perlulah selidik dahulu sebelum membuat sebarang tindakan  keatas pelajar tersebut.

Peranan pihak sekolah yang ketiga ialah  guru kelas biasa perlulah merujuk murid-murid yang disyaki menghadapi masalah pembelajaran kepada guru yang mempunyai latihan dalam pendidikan khas. Hal ini bertujuan supaya guru ini dapat mengenalpasti secara kasar masalah yang dihadapi oleh murid tersebut kerana guru pendidikan khas mempunyai kelebihan atau pengetahuan tentang kanak-kanak seperti ini.

Seterusnya ialah, murid-murid yang baru memulakan persekolahan pada Tahun 1 perlu disaring terlebih dahulu untuk memastikan masalah pembelajaran yang spesifik kerana sepatutnya dia sudah dapat membaca dan menulis namanya sendiri. Ibu bapa juga perlu mengetahui tanda-tanda awal masalah pembelajaran dalam kalangan anak-anak mereka supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s