AUTISM : 08) Keperluan Pembelajaran Kanak-Kanak Autism

KEPERLUAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISM.

Hampir 75-80 % kanak-kanak autism mengalami masalah pembelajaran sederhana dan teruk. Keperluan pembelajaran yang efektif bagi  kanak-kanak autism adalah melibatkan kawalan tingah laku yang kurang sesuai, dan kemahiran komunikasi dan social. Bagi mencapai keperluan pembelajaran ini, setiap pihak yang terlibat perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan pendekatan berterusan dapat diaplikasikan. Ini kerana kemampuan kanak-kanak autism menggunakan kemahiran yang dipelajari dan menggeneralisasikan dala konteks yang lain adalah sesuatu yang mencabar.

Kanak-kanak Autism dapat dididik. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif dalan memproses maklumat. Ketidakupayaan ini dapat diatasi dengan mengadakan program pembelajaran yang berstruktur dan mengalakkkan rangsangan. Program pembelajaran yang berstruktur ini perlu dimulakan seawal yang mungkin dengan ibu bapa dan ibu bapa perlu bertindak sebagai guru. Program pembelajaran bagi kanak-kanak adalah bercorak kearah analisis tingkah laku dan menggalakan penggunaan pertuturan dan komunikasi.

Kanak-kanak dengan tahap autism yang teruk perlu diajar secara individu tetapi bagi mereka yang berada pada tahap sederhana dan ringan, integrasi dengan kanak-kanak normal menjadikan mereka lebih efektif. Penjaga dan guru perlu mengenalpasti factor pengukuhan  mereka seperti memberikan biskut ataupun lain-lain, sebagai tambahan bagi puji-pujian yang diberikan.

Disamping itu, penjaga dan guru juga boleh  menggunakan peneguhan social bagi memastikan mereka menunjukkan tingkah laku yang baik dan mengekalkan pembelajaran. Adalah penting bagi mengekalkan jadual yang biasa diikuti, dengan menjadikan pereskitaran sebagai sesuatu yang dapat dijangka oleh kanak-kanak. Apabila perlu membuat perubahan, penjaga ataupun guru perlu bersedia kerana kanak-kanak autism akan menjadi tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku menentang. Manakala dalam aspek komunikasi pula, peningkatan boleh dilakukan dengan menggunakan pergerakan dan isyarat yang bersesuaian.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s