AUTISM : 07) Pendekatan Intervensi Akademik Dan Tingkah Laku

PENDEKATAN INTERVENSI AKADEMIK DAN TINGKAH LAKU.

Terdapat pelbagai jenis intervensi awal yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak Autism. Proses intervensi pada peringkat awal hanya tertumpu pada rawatan perubatan dan tingkah laku .

Rawatan yang biasa dilakukan terhadap murid-murid Autism ialah dengan mengambil ubat Ritalin. Ia bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif yang dialami oleh mereka. Selain itu, pengambilan Vitamin B6 bersama Magnesium juga boleh diamalkan. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid Autism meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian mereka. Penyakit Autism ini tidak dapat dipulihkan dengan pelbagai rawatan. Oleh sebab itu, murid-murid ini perlu didiagnosiskan pada peringkat awal untuk membantu mereka menjalankan sesuatu aktiviti dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai dengan mereka.

Selain daripada perubatan, pengurusan tingkah laku juga boleh dilakukan sebagai kaedah intervensi awal. Sebagai seorang guru, kita dapat mengekalkan dan meningkatkan tingkah laku positif yang diingini melalui strategi, teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut. Penggunaan teknik pengasingan, time out, pembentukan, memberi ganjaran, dendaan, dan sebagainya dapat membantu murid-murid tersebut.

Terdapat beberapa pendekatan intervensi akademik yang dapat dilaksanakan seiring dengan intervensi tingkah laku. Salah satunya ialah Pendekatan Analisis Terapan Tingkah Laku. Pendekatan ini sesuai dilaksanakan bersama intervensi bioperubatan. Melalui pendekatan ini, murid-murid Autism akan menunjukkan perkembangan yang baik disamping bantuan daripada ibu bapa, adik beradik, dan rakan sebaya. Melalui kaedah ini, murid-murid Autism diajar satu kemahiran dalam satu-satu masa seperti mewarnakan gambar menggunakan cara yang paling senang. Mereka diajar secara langkah demi langkah. Sesi latihan ini dijalankan secara formal dan berstruktur.

Bagi kanak-kanak Autism yang mempunyai masalah deria, Intervensi integrasi deria dapat dilakukan bagi menanganinya. Ia dilakukan bermula daripada masalah ringan sehinggalah masalah yang berat. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah sikap hipersensitif atau hiposensitif terhadap sesuatu rangsangan. Integrasi deria dapat dibahagikankepada tiga aspek, iaitu deria vestibular, taktil dan proprioseptif. Vestibular melibatkan pergerakan dan keseimbangan, taktil pula melibatkan sentuhan manakala proprioseptif merupakan bahagian yang berkaitan dengan joint dan ligament.

Selain itu, Terapi Pertuturan juga boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak ini. Biasanya, ia dilakukan dalam masa 1-2 jam sehari sahaja. Aktiviti ini dapat diintegrasikan semasa murid-murid ini berada dirumah dan disekolah apabila menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, bahasa isyarat juga dapat membantu murid-murid ini meningkatkan daya pertuturan mereka.

Terapi fizikal melibatkan kemahiran motor kasar dan juga motor halus. Murid-murid Autism ini mempunyai keupayaan kemahiran motor kasar dan motor halus yang amat terhad. Bagi menangani masalah ini, terapi fizikal dan deria dapat dijalankan secara serentak.

Intervensi Auditori merupakan salah satu intervensi yang dapat membantu murid-murid Autism daripada spek tingkah laku mereka. Terdapat beberapa jenis intervensi auditori, iaitu Berard Auditory Integration Training yang dikenali sebagai Berard AIT. Antara aktiviti didalam intervensi ini ialah mendengar muzik yang telah diproses selama 10 jam. Ia dikatakan selama 2 jam 30 minit sehari dan dijalankan selama 11-12 hari sebulan. Selain AIT, terdapat juga intervensi-intervensi lain yang boleh dilakukan seperti pendekatan Tomatis ( Terapi Pendengaran ), program pendengaran dan kaedah SAMONAS, iaitu kaedah terapi bunyi untuk murid-murid Autism.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s