AUTISM : 05) Ciri-ciri Autism

CIRI-CIRI AUTISM

Individu Autism merupakan mereka yang tidak menunjukkan sebarang minat, tidak suka didukung ataupun dipeluk dan kadang-kadang dia menjerit tanpa sebab. Mereka tidak boleh berhubung dengan orang dewasa dan menunjukkan minat yang stereotaip. Sekiranya seseorang menunjukkan kecenderungan bersifat sedemikian, kemungkinan mereka menghadapi satu kecelaruan penyakit dalam kalangan kanak-kanak yang dinamakan Autism.

Autism merupakan masalah komunikasi yang berkait rapat dengan masalah tingkah laku. Maksudnya, individu Autism akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan umur mereka.Contohnya murid-murid yang berumur 11 tahun menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak berumur 3 tahun. Murid-murid tersebut juga akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur dan rosak. Hampir semua murid Autism menunjukkan ciri seperti bermasalah dalam komunikasi, interaksi social, pola bermain serta mempunyai gangguan deria, tingkah laku dan emosi.

Masalah komunikasi.

  1. Murid-murid Autism tidak menunjukkan perkembangan bahasa dalam komunikasi seperti murid-murid lain.
  2. Perkembangan bahasa mereka adalah lambat atau tiada langsung berbanding murid-murid normal.
  3. Mereka jarang menggunakan bahasa yang sesuai untuk bertutur, sukar diajak bercakap, kadangkala menuturkan sesuatu tetapi untuk seketika sahaja.
  4. Mereka kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan perkara yang dikatakan oleh orang lain.
  5. Ramai murid-murid Autism gagal menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain.
  6. Tahap kefahaman bahasanya adalah rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.
  7. Bahasa yang digunakan agak ganjil dan sukar untuk difahami.
  8. Mereka juga sering mengulangi ungkapan-ungkapan yang telah mereka dengar dengan cara yang literal. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan pengulangan (Ekolalia ), iaitu keadaan mereka yang tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif.

Interaksi sosial. 

  1. Murid-murid Autism suka bersendirian.
  2. Mereka lebih gemar menjauhkan diri dan duduk disuatu tempat atau sudut tertentu.
  3. Menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan orang lain semenjak daripada awal kehidupan.
  4. Mereka lebih suka menyendiri dan menyepikan diri serta menghabiskan banyak masa di dalam dunia mereka sendiri.
  5. Murid-murid Autism ini tidak pernah memulakan sebarang bentuk interaksi social.
  6. Mereka juga tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain.
  7. Mereka seolah-olah hidup dalam dunia mereka sendiri.
  8. Ibu mereka juga sukar untuk menjalinkan kemesraan dengan mereka kerana mereka tidak suka dibelai, dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibu bapa ,mereka tidak mendapat gerak balas.
  9. Mereka berkelakuan seperti murid-murid pekak, buta dan bisu.
  10. Mereka juga selalu mengelakkan pertentangan mata dan bergelut bila penjaga cuba membuat perhubungan mata.

Pola bermain.

  1. Mereka mampu duduk dalam sesuatu kedudukan untuk satu jangka masa yang lama walaupun mereka mendengar buntu tertentu berkali-kali, malah mereka juga mampu melakukan tindakan yang sama berulang-ulang.
  2. Murid-murid Autism biasanya akan leka bermain dengan sesuatu barang yang diminatinya sehingga berjam-jam lamanya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil, dialih atau hilang.
  3. Jika diganggu, murid-murid ini akan mempamerkan tingkah laku yang resah, dan mungkin akan melolong atau menjerit.
  4. Kebanyakkan kanak-kanak Autism ini akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan dan menjengkitkan kakinya semasa berjalan.
  5. Suka memutar-mutarkan sesuatu benda seperti tudung botol, dan alat permainan seperti mangkuk-magkuk plastik, mengumpul batu-batu dan sebagainya.
  6. Sesetengah murid-murid Autism boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk melakukan perbuatan atau permainan yang berkaitan dengan sesuatu objek seperti memutar roda kereta permainan atau memutar blok kayu secara berterusan.

Tingkah laku.

  1. Ketidakupayaan tingkah laku berlaku kepada murid-murid Autism seperti rangsangan kendiri tingkah laku, iaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamat seperti menggoyangkan tangan dan menghantuk kepala.
  2. Mempunyai masalah untuk tidur dan makan, hubungan mata yang lemah, hiperaktif atau hipoaktif dan kurang menumpukan perhatian.
  3. Mempunyai daya ingatan yang baik untuk menghafal.
  4. Murid-murid Autism juga kelihatan tertarik dengan kebisingan dan objek yang bergerak secara berulang-ulang.

Emosi

  1. Emosi kanak-kanak Autism sangat sukar untuk diramal dan kerap berubah-ubah.
  2. Mereka sering ketawa, marah dan menangis tanpa sebab yang pasti.
  3. Mereka juga akan mengamuk diluar kawalan jika kemahuan mereka tidak diturut.
  4. Mereka akan merosakkan apa-apa sahaja yang berada disekelilingnya dan menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran jika emosi mereka terganggu.
  5. Mereka juga tidak mempunyai perasaan sempati dan memahami perasaan orang lain.
  6. Kebanyakkan kanak-kanak Autism menunjukkan cirri-ciri perkembangan bahasa dan social.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s