AUTISM : 03) Definisi Autism

DEFINISI AUTISM

Autism berasal daripada perkataan autos yang beerti diri sendiri dan isme yang bermakna aliran. Jadi autism bermaksud kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Gejala Autism mula kelihatan sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun. Kanak-kanak Autism biasanya mempunyai gangguan dalam komunikasi, masalah dalam interaksi social, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi.

Hallahan dan Kauffham ( 1976 ) menyatakan Autism merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sebelum berumur 30 tahun. Manakala menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts ( 1996 ), mereka menyatakan bahawa Autism merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu aut yang bermaksud diri dan ism yang bermaksud orientasi atau keadaan. Ia bermaksud seseorang tidak biasa dengan diri sendiri serta gagal menunjukkan minat terhadap orang lain.

Persatuan Autism Amerika Syarikat telah mendefinisikan Autism sebagai ketidakupayaan yang rencam dan pada kebiasaannya ia kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur 3 tahun. Keadaan ini disebabkan kesan daripada kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak. Autism dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan berlaku kepada seorang individu daripada 500 individu. Kekerapan murid-murid lelaki mengalami Autism adalah empat kali ganda berbanding murid-murid perempuan.

NASOM pula mendefinisikan Autism sebagai satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya pada seorang  bayi dalam masa 30 bulan yang pertama. Komunikasi sesama mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Mereka juga mempunyai  masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang Matematik Atau Kemahiran Mekanikal, ataupun dalam Seni Muzik, daya ingatan dan lain-lain.

Manakala menurut Individual With Disabilities Education Art pula, Autism didefinisikan sebagai masalah perkembangan yang memberi kesan terhadap komunikasi verbal dan bukan verbal serta interaksi social yang biasanya kelihatan sebelum seseorang berumur 3 tahun ( 18 bulan kelahiran ) dan memberi impak terhadap pencapaian seseorang individu. Selain itu, Autism adalah kategori ketidakupayaanyang dicirikan dengan gangguan dalam masalah hubungan social, komunikasi, emosi serta kurang kebolehan imaginasi dan bermain. Mereka juga menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang-ulang, biasanya berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Tahap keseriusan Autism boleh dibahagi pada tiga jenis, iaitu ringan, sederhana dan serius ( teruk ).

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa Autism merupakan ketidakupayaan seseorang individu iaitu kecelaruan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, tingkah laku, kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar, bahasa dan komunikasi, serta sosial dan emosi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s