Sejarah perkembangan dikaitkan dengan ‘Victor ” iaitu seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai ” Wild Boy Of Averyron “. Dia telah ditangkap didalam hutan selatan Perancis pada tahun 1799 ketika berusia lebih kurang 10 atau 11 tahun. Selepas ditangkap, dia telah dibawa ke Paris untuk ditempatkan bersama kumpulan orang pekak. Jean March Gaspard Itard telah mencuba untuk mengajar Victor. Beliau telah menyediakan alat bantu mengajar yang khusus dan seterusnya menjadi pelopor dalam Pendidikan Khas.
Setelah membuat pemerhatian terhadap Victor, Itard mendapati terdapat beberapa ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Victor seperti tidak bercakap, mengayungkan badan ke depan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan dan hubungan dengan sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian terhadap sesuatu. Victor juga tidak memandang objek atau orang, dan tidak memberi reaksi walaupun tembakan dilepaskan dibelakang kepalanya tetapi memberi reaksi terhadap bunyi kulit kacang yang dipecahkan walaupun bunyi itu perlahan. Di samping itu, terdapat juga beberapa ciri-ciri lain seperti tidak suka bermain dengan alat-alat permainan tetapi kuat ketawa apabila bermain air. Victor menunjukkan daya ingatan yang kuat dan juga menunjukkan reaksi semasa menyentuh kain, tangan dan muka mereka yang dikenalinya. Semua ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Victor menunjukkan persamaan dengan ciri-ciri Autism.
Pada tahun 1919, Eugene Blueler telah memperkenalkan perkataan “ Autism ”. Ia merujuk pada kurang atau tidak ada hubungan dengan individu lain dan dunia luar. Walaubagaimanapun, kini istilah Autim merujuk pada masalah perkembangan. Doktor Leo Kanner, iaitu salah seorang ahli psikologi pada tahun 1943 telah menghuraikanAutism sebagai satu syndrome kumpulan tingkah laku yang unik.
klu xkeberatan letak rujukan sekali… 🙂