Jom Kita Mengenalpasti Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autism….

Assalamualaikum…

Untuk mengenali dengan lebih lanjut berkaitan dengan kanak-kanak yang mengalami Masalah Autism, jom kita meneliti ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak itu…

Komunikasi Slide6

  1. Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung
  2. kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
  3. Jarang menggunakan bahasa.
  4. Sukar diajak bercakap.
  5. Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
  6. Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
  7. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
  8. Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain ( Echolalia )
  9. Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
  10. Suka menarik tangan orang lain bila diminta sesuatu.

Interaksi Sosial.

  1. Suka bersendirian.
  2. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada pertentangan mata.
  3. tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
  4. Suka menjauhkan diri dan duduk disesuatu tempat.

Gangguan deria.

  1. Sensitif pada sentuhan
  2. Tidak suka dipegang ataupun dipeluk
  3. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
  4. Suka mencium dan menjilat mainan ataupun benda-benda lain.
  5. Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

Pola Bermain

  1. Tidak suka bermain seperti kanak-kanak sebaya.
  2. Tidak suka bermain dengan rakan sebaya.
  3. Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka  memutar-mutarkan ataupun melambung-lambung alat mainan ataupun apa sahajayang dipegangnya.
  4. Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin
  5. Apabila ia menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja.

Tingkah Laku.

Slide8

  1. Sama ada hiperaktif atau hipoaktif
  2. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti  bergoyang-goyang, menyepakkan tangan, dan menepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari-lari atau pun berjalan mundar mandir.
  3. Tidak suka akan perubahan.
  4. Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa-apa reaksi.

Emosi.

Slide7

  1. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab.
  2. Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingini.
  3. Merosakkan apa sahaja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu
  4. Menyerang sesiapa sahaja berhampiran dengannya jika emosi terganggu
  5. Adakalanya mencederakan diri sendiri
  6. Tidak mempunyai perasaan simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
By zaihanmathussin91

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s