Apa Itu Autism????

Adakah anda tahu apa itu Autism????

Jom kita mengenali dengan lebih dekat apa itu Autism??

Slide5

Istilah Autism berasal dari perkataan Autos yang beerti diri sendiri dan Isme beerti aliran. Hal ini bermakna, Autism membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak yang menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autism adalah kategori ketidakupayaan yang dirikan dengan gangguan dalam emosi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi. Gejala Autism bermula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami disepanjang kehidupan kanak-kanak.

Kanak-kanak Autism sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang  berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang  kemahiran sosial dan komunikasi.

Kebanyakan kanak-kanak Autism juga mengalami terencatan akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyian ataupun meniru apa sahaja yang diperkatakan oleh orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.

By zaihanmathussin91

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s