Semanis Bicara Untuk Pembaca

Slide1

SELAMAT DATANG KE RUANGAN PERKONGSIAN ILMU…

PENGENALAN :

TEKNOLOGI PENDIDIKAN :

Apa itu Teknologi Dalam Pendidikan  ????

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

• Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

• Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

Slide2

Antara kelebihan-kelebihan utama alat ICT untuk pendidikan ialah :

  1. Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar
  2. Melalui ICT, dengan mudah pengajar dapat menjelaskan arahan komplek untuk pemahaman pelajar.
  3. Melaui ICT, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar setra konsentrasinya.

Apakah ciri-ciri teknologi Pendidikan yang sesuai???

  1. Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid.
  2. Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid
  3. Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep, dan menerangkan isi kandungan pelajaran.
  4. Arahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

Apakah Kepentingan Teknologi Pendidikan ???

  1. Melancarkan proses P&P
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan kos
  3. Mengekalkan minat dan perhatian murid
  4. Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar
  5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas
  6. Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
  7. Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum
  8. Memperkayakan pengalaman murid

Slide1

http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o

 

 http://www.youtube.com/watch?v=R6GIg66hDnA

By zaihanmathussin91

2 comments on “Semanis Bicara Untuk Pembaca

  1. dunia pendidikan khas sememangnya memerlukan teknologi yang canggih utk mengajar..jadi guru perlu bijak dan kreativif untuk menggunakannya..bagus2 teruskan usha untuk belajar teknologi..harapan agar dapat digunakan untuk pelajar pendidikan khas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s