Tingkah Laku Kanak-Kanak Autism

Tingkah Laku Kanak-Kanak Autism

Advertisements
By zaihanmathussin91

Bahan Bantu Mengajar Untuk Kanak-Kanak Autism

Bahan Bantu Mengajar Untuk Kanak-Kanak Autism Dalam Bentuk 2D Dan 3D

Definisi bahan bantu mengajar(BBM): 

BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.

Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar:
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:
– Bahan bantu mengajar bukan elektronik
– Bahan bantu mengajar elektronik
– Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan
sebenar

Slide1

... (5)

... (4)

... (3)

... (2)

Slide6Slide7Slide8

By zaihanmathussin91

Sejarah Perkembangan Autism

Slide2Sejarah Perkembangan Autism…

Sejarah perkembangan dikaitkan dengan ‘Victor ” iaitu seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai ” Wild Boy Of Averyron “. Dia telah ditangkap didalam hutan selatan Perancis pada tahun 1799 ketika berusia lebih kurang 10 atau 11 tahun. Selepas ditangkap, dia telah dibawa ke Paris untuk ditempatkan bersama kumpulan orang pekak. Jean March Gaspard Itard telah mencuba untuk mengajar Victor. Beliau telah menyediakan alat bantu mengajar yang khusus dan seterusnya menjadi pelopor dalam Pendidikan Khas.

Setelah membuat pemerhatian terhadap Victor, Itard mendapati terdapat beberapa ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Victor seperti tidak bercakap, mengayungkan  badan ke depan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan dan hubungan dengan sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian terhadap sesuatu. Victor juga tidak memandang objek atau orang, dan tidak memberi reaksi walaupun tembakan dilepaskan dibelakang kepalanya tetapi memberi reaksi terhadap bunyi kulit kacang yang dipecahkan walaupun bunyi itu perlahan. Di samping itu, terdapat juga beberapa ciri-ciri lain seperti tidak suka bermain dengan alat-alat permainan tetapi kuat ketawa apabila bermain air. Victor menunjukkan daya ingatan yang kuat dan juga menunjukkan reaksi semasa menyentuh kain, tangan dan muka mereka yang dikenalinya. Semua ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Victor menunjukkan persamaan dengan ciri-ciri Autism.

Pada tahun 1919, Eugene Blueler telah memperkenalkan perkataan “ Autism ”. Ia merujuk pada kurang atau tidak ada hubungan dengan individu lain dan dunia luar. Walaubagaimanapun, kini istilah Autim merujuk pada masalah perkembangan. Doktor Leo Kanner, iaitu salah seorang ahli psikologi pada tahun 1943 telah menghuraikanAutism sebagai satu syndrome kumpulan tingkah laku yang unik.

By zaihanmathussin91

Jom Kita Mengenalpasti Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autism….

Assalamualaikum…

Untuk mengenali dengan lebih lanjut berkaitan dengan kanak-kanak yang mengalami Masalah Autism, jom kita meneliti ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak itu…

Komunikasi Slide6

  1. Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung
  2. kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
  3. Jarang menggunakan bahasa.
  4. Sukar diajak bercakap.
  5. Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
  6. Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
  7. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
  8. Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain ( Echolalia )
  9. Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
  10. Suka menarik tangan orang lain bila diminta sesuatu.

Interaksi Sosial.

  1. Suka bersendirian.
  2. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada pertentangan mata.
  3. tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
  4. Suka menjauhkan diri dan duduk disesuatu tempat.

Gangguan deria.

  1. Sensitif pada sentuhan
  2. Tidak suka dipegang ataupun dipeluk
  3. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
  4. Suka mencium dan menjilat mainan ataupun benda-benda lain.
  5. Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

Pola Bermain

  1. Tidak suka bermain seperti kanak-kanak sebaya.
  2. Tidak suka bermain dengan rakan sebaya.
  3. Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka  memutar-mutarkan ataupun melambung-lambung alat mainan ataupun apa sahajayang dipegangnya.
  4. Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin
  5. Apabila ia menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja.

Tingkah Laku.

Slide8

  1. Sama ada hiperaktif atau hipoaktif
  2. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti  bergoyang-goyang, menyepakkan tangan, dan menepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari-lari atau pun berjalan mundar mandir.
  3. Tidak suka akan perubahan.
  4. Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa-apa reaksi.

Emosi.

Slide7

  1. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab.
  2. Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingini.
  3. Merosakkan apa sahaja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu
  4. Menyerang sesiapa sahaja berhampiran dengannya jika emosi terganggu
  5. Adakalanya mencederakan diri sendiri
  6. Tidak mempunyai perasaan simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
By zaihanmathussin91

Apa Itu Autism????

Adakah anda tahu apa itu Autism????

Jom kita mengenali dengan lebih dekat apa itu Autism??

Slide5

Istilah Autism berasal dari perkataan Autos yang beerti diri sendiri dan Isme beerti aliran. Hal ini bermakna, Autism membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak yang menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autism adalah kategori ketidakupayaan yang dirikan dengan gangguan dalam emosi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi. Gejala Autism bermula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami disepanjang kehidupan kanak-kanak.

Kanak-kanak Autism sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang  berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang  kemahiran sosial dan komunikasi.

Kebanyakan kanak-kanak Autism juga mengalami terencatan akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyian ataupun meniru apa sahaja yang diperkatakan oleh orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.

By zaihanmathussin91

Semanis Bicara Untuk Pembaca

Slide1

SELAMAT DATANG KE RUANGAN PERKONGSIAN ILMU…

PENGENALAN :

TEKNOLOGI PENDIDIKAN :

Apa itu Teknologi Dalam Pendidikan  ????

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

• Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

• Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

Slide2

Antara kelebihan-kelebihan utama alat ICT untuk pendidikan ialah :

  1. Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar
  2. Melalui ICT, dengan mudah pengajar dapat menjelaskan arahan komplek untuk pemahaman pelajar.
  3. Melaui ICT, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar setra konsentrasinya.

Apakah ciri-ciri teknologi Pendidikan yang sesuai???

  1. Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid.
  2. Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid
  3. Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep, dan menerangkan isi kandungan pelajaran.
  4. Arahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

Apakah Kepentingan Teknologi Pendidikan ???

  1. Melancarkan proses P&P
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan kos
  3. Mengekalkan minat dan perhatian murid
  4. Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar
  5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas
  6. Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
  7. Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum
  8. Memperkayakan pengalaman murid

Slide1

http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o

 

 http://www.youtube.com/watch?v=R6GIg66hDnA

By zaihanmathussin91