AUTISM : 04) Punca-punca Autism

PUNCA-PUNCA AUTISM

Autism adalah satu ketidakupayaan yang komplek dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenalpasti punca sebenar berlakunya Autism. Namun begitu, terdapat pelbagai kajian yang dilakukan untuk mencari punca sebenar Autism. Antara punca yang dikatakan ialah Autism disebabkan faktor genetik. Pengaruh genetik menunjukkan adik-beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami Autism berbanding orang lain. Contohnya, kembar seiras lebih berisiko berkemungkinan untuk mendapat Autism berbanding kembar tidak seiras.

Selain itu, terdapat faktor sebelum dan selepas kelahiran. Pengambilan ubat penenang seperti pil Talidomida oleh ibu mengandung yang mengalami “ mabuk hamil ” boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung. Dalam kajian yang dijalankan oleh Millar dan Stromland, mereka telah membuktikan bahawa 5% daripada mangsa Talidomida mengalami Autism. Ibu-ibu mengandung yang dijangkiti virus Rubella ketika 3 bulan pertama mengandung juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkan anak Autism. Selain itu, serangan Virus Sitolomegalo, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu kelahiran ( prenatal asfiksia ) dan kanak-kanak yang menghidap penyakit ensefalitis atau lembam otak, keracunan makanan dan bengkak cantik atau beguk merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan bayi yang dikandung mengalami Autism.

Tidak ketinggalan juga, pencemaran dan toksin dalam persekitaran juga boleh menyebabkan berlakunya Autism. Contohnya, didapati berlakunya kadar Autism yang tinggi disebuah Bandar kecil di Leomenster, Massachussetts, iaitu tempat terdapatnya kilang pengeluar cermin mata yang mengeluarkan asap yang banyak. Hal ini membuktikan persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan terjadinya Autism kepada seseorang individu.

Berkaitan fungsi otak pula, terdapat bukti kukuh yang menyatakan bahawa ketidakfungsian serebelum, sistem limbik dan kemungkinan juga lobus temporal dan korteks  terjadi kepada individu Autism. Sesetengah murid-murid pekak, murid-murid yang menghidap penyakit baka seperti Fenilketonuria, Sklerosis Tuberus, Sindrom Fragile X, Sindrom Asperger, Sindrom Landau-Kleffner, Sindrom Rett dan Sindrom William dikatakan menunjukkan ciri-ciri Autism. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tindakan untuk membantu proses pendiagnosan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s